INFORMASI PENUH LAYANAN

Tentang perkhidmatan & penjagaan yang kami tawarkan

Terokai dengan lebih mendalam spesifikasi Perkhidmatan yang ditawarkan, skop bidang tugas pembantu harian (Runner) mahupun jururawat serta pakej yang ditawarkan untuk dirumah atau dimana sahaja berada.

PERKHIDMATAN KESIHATAN

PERKHIDMATAN KESIHATAN

(PROSEDUR MEDIKAL)

Fokus pada rawatan klinikal di rumah oleh jururawat berdaftar atau pakar fisioterapi.

Skop perkhidmatan yang merangkumi

  • Penjagaan Luka: Melibatkan luka selepas pembedahan, luka tekanan (bedsore), luka kemalangan, dan lain-lain.
  • Prosedur Tiub: Pemasangan atau penukaran Urine Catheter (CBD) dan NG Tube / Ryles Tube.
  • Fisioterapi: Rawatan pemulihan fizikal secara khusus di rumah.
  • Pemeriksaan Asas: Melakukan pemeriksaan tekanan darah, tahap gula, serta merekod dan memantau perkembangan kesihatan pesakit.
  • Khidmat Nasihat: Memberi nasihat kesihatan yang tepat kepada pesakit atau penjaga.

Struktur Pakej Ditawarkan

  • Prosedur Asas (1 Sesi)Prosedur luka, NGT Tiub, CBD tiub atau fisioterapi.
  • Pakej Rawatan Luka (5 Sesi)Penjimatan berbaloi sebanyak RM75 untuk keseluruhan pakej.
  • Pakej > 10 Kali RawatanHarga pakej mengikut kesesuaian. Lebih jimat dan berbaloi.

Sudah Memilih Kategori Perkhidmatan?

Biarkan pasukan kesihatan profesional kami membantu merawat dan mengurus individu tersayang di rumah anda bermula hari ini. Jangan tangguh, tempah rundingan percuma secara atas talian sekarang.

Tempah Jadual Anda